Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman
sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada
kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti
turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat
Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan
atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara
meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan
sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran
mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah
sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau
tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam
al-Quran. Firman Allah:
Dan
tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang
terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada
Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka
semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah,
rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia..
Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti
cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan
di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang
memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan
Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada
surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha
Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq
dan batil” - Surah al Baqarah ayat 185.
Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang
kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka datangkanlah satu
surah yang setanding dengannya serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang
kamu sembah) selain daripada Allah jika kamu orang yang benar - Surah al
Baqarah : 23.
Kehebatan umat Islam yang berpegang teguh
kepada Al-Quran telah diakui oleh Perdana Menteri Britain yang pertama
sebagaimana ungkapannya:
“Selama mana kitab ini (Al-Quran) berada di
tangan orang Islam, maka selama itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur
Tengah”