Sabtu, 4 Februari 2012

WAHSIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI K.A.W.


Wahai Ali, bagi orang yang celaka ada tiga alamatnya, makanan yang haram, menjauhi daripada orang alim dan menjauhi daripada petunjuk yang benar.

            Wahai Ali, bagi orang yang riak ada tiga alamatnya, menyempurnakan ruku’  dan sujud apabila sembahyang bersama manusia, dikurangkannya apabila bersembahyang bersendirian, riang apabila orang memujinya dan akan sentiasa berzikir sewaktu berada di depan orang ramai.

            Wahai Ali, bagi orang munafik ada tiga alamatnya, apabila bercakap ia akan berbohong, apabila berjanji ia akan memungkiri, apabila diberi amanat ia akan mengkianati dan ia tidak akan mengambil peringtan terhadap apa yang diperigatkan.

            Wahai Ali, orang yang bertaubat ada tiga alamatnya, menjaukan daripada yang haram, gemar menuntut ilmu agama dan tidak akan membuat dosa.

            Terdapat sebuah hadis yang menceritakan 5 racun yang dapat diubati dengan 5 penawar, iaitu :

1.    Dunia itu racun, zahir itu ubatnya
2.    Harta itu racun, zakat itu penawarnya
3.    Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4.    Seluruh umur itu racun, taat itu panawarnya
5.    Seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya

Sabda Rasulullah S.A.W. : akan datang kasih mereka terhadap 5 perkara dan akan lupa 5 perkara, iaitu :

1.    Kasih mereka kepada hidup, lupa mereka kepada mati
2.    Kasih meraka kepada harta, lupa mereka kepada hisab
3.    Kasih mereka kepada mahligai, lupa mereka kepada kubur
4.    Kasih mereka kepada dunia, lupa mereka kepada akhirat
5.    Kasih mereka kepada makhluk, lupa mereka kepada Allah


Apabila hampir seseorang itu kepada kematian, maka akan terbahagilah ia kepada 5 bahagian : harta untuk warisnya, nyawa untuk malaikatulmaut, dagingnya untuk ulat-ulat, tulang untuk tanah dan amalan kebajikannya untuk orang yang dianiyai.

“BASMALAH” KURNIAAN ALLAH BUAT HAMBA-NYA


Banyak riwayat-riwayat yang telah dikemukan oleh para ulama’ di dalam kitab-kitab mereka. Di antaranya, ialah  riwayat daripada Waqi’ daripada Al-A’amasy daripada Ubai daripada Abi Wajil daripada Abdullah bin Abi Mas’ud, katanya :

“sesiapa yang mahu menyelamatkan dirinya daripada 19 malaikat Zabaniah yang ditugaskan di dalam neraka maka hendaklah membaca Basmalah supaya Allah akan memeliharanya daripada tiap-tiap huruf daripadanya sebagai pelindung daripada tiap-tiap satu daripada malaikat itu”

            Maka Basmalah mempunyai 19 huruf mengikut bilangan malaikat Zabaniah yang menjaga nereka  dan Allah menyebut mereka itu di dalam al-Quran bahawa di dalam neraka itu ada 19 malaikat iaitu dalam kalangan pemimpin mereka  dan mereka berkata pada tiap-tiap pekerjaan yang dilakukan dengan Basmalah maka di sanalah dikurniakan kekuatan kepada merekan. Oleh hal demikian, dengan membaca Basmalah akan dipelihara oleh Allah S.W.T. di mana banyak hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan Basmalah.

            Berkata Ja’afar a.s. Sodiq r.a. ; Basmalah mahkota kepada semua surah yang ada di dalam al-Quran. “ Disunatkan kita membaca Basmalah apabila memulakan pekerjaan yang baik atau pekerjaan yang disunatkan dan disuruh kita membaca ayat tersebut  kecuali amalan-amalan yang secara ‘Qot’i’ (putus) ditentukan oleh Rasulullah dengan permulaannya yang tersendiri. Umpamanya sembahyang dimulakan takbir bukan dengan Basmalah. Oleh sebab tidak disunatkan memulakan sembahyang dengan basmalah. B egitu juga dengan khitbah yang disunatkan memulakan dengan menyebut “ Assalamu’alaikum” bukan dengan cara membaca Basmalah, kerana inilah cara yang diajar oleh Rasulullah. Adapun perbuatan-perbuatan seperti makan, minum, menyembelih dan sebagainya adalah disunatkan dimulakan dengan bacaan Basmalah agar mendapat berkat dan pertolongan daripada Allah.

            Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang, ialah nama Allah yang paling besar dan yang paling mulia dalam kalangan nama-nama Allah yang lain. Allah sahaja tuhan yang layak untuk disembah. “Ar-Rahmanur Rahim”, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ar-Rahman, dikhususkan kepada Allah sahaja, tidak kepada yang lain. Adapun Ar-Rahim dinamakan juga kepada makhluk disamping menjadi nama kepada Allah. Kalimah itu juga ditujukan kepada makhluk Allah sebagaimana yang telah diFirmankan oleh-Nya dalah surah At-Taubah; 128. Perkataan tersebut ditujukan kepada Rasulullah iaitu seorang nabi yang sangat penyayang dan kasih kepada umatnya.  Allah S.W.T. menurunkan Basmalah ini sebagai satu kurniaan dan pemberian yang sangat besar buat kita semua.

Ahad, 29 Januari 2012

ALANGKAH INDAHNYA !


Alangkah indahnya
Kalau kita sebaik Khadijah
Menguatkan suami dengan harta dan cinta
Demi perjuangkan untuk agama

            Alangkah indahnya
            Kalau kita semurah Aisyah
            Mencari-cari hatta sebiji kurma
            Untuk disedekahkan dijalan Allah

Alangkah indahnya
Kalau kita seberani dan sekuat Sumaiyyah
Sanggup mempertahankan agama
Hingga mati disula

            Alangkah indahnya
            Kalau dapat membisikan bicara hati
            Setiap dinahari
Seperti Rabiatul Adawiyah
            Mengucap bicara cinta pada Tuhannya
            “Aku menyembahMu bukan kerana takut neraka-Mu
            Tidak juga kerana mengharap syurga Mu
            Tetapi kerana kemuliaan cinta Mu”

Ahh… diri yang lemah
Alangkah indahnya…
Jika atas kelemahan dan kekurangan yang ada
Kita masih dapat bersyukur
Lantaran apa yang terdaya
Masih kurniaan Ilahi.