Isnin, 6 Disember 2010

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah Lisanmu Supaya Tidak Terjatuh Di Dalam Ghibah Terhadap Saudaramu/Muslimin.


 Bacalah Al-Quran

 Tanggunglah Dosamu Sendiri Untukmu Dan Jangan Engkau Tanggungkan Dosamu Kepada Orang Lain.


 Jangan Engkau Mensucikan Dirimu Dengan Mencela Orang Lain.


 Jangan Engkau Tinggikan Dirimu Sendiri Di Atas Mereka.


 Jangan Engkau Masukkan Amal Perbuatan Dunia Ke Dalam Amal Perbuatan Akhirat.


 Jangan Engkau Menyombongkan Diri Pada Kedudukanmu Supaya Orang Takut Kepada Perangaimu Yang Tidak Baik.


 Jangan Engkau Membisikkan Sesuatu Sedang Dekatmu Ada Orang Lain.


 Jangan Engkau Merasa Tinggi Dan Mulia Daripada Orang Lain.


 Jangan Engkau Sakitkan Hati Orang Dengan Ucapan-Ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. FirmanAllah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" SabdaRasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

CITA-CITA DAN HARAPAN

Dari kejauhan malam kami melihat fajar,
Berkilauan pada kemuncak yang tinggi,
Dan kami menggemakan suara menyeru,
Demi untukmu wahai umat yang lebih mulia.                                                    

                Malam kelawar telah berlalu dan harapan.
                Tidak akan menghentikan kegagalan kumpulan kami.

Bertapa nikmatnya kebenarandan harapan,
Wahai yang mengusap air mata kesedihan,
Ibu orang-orang syahid disini menangis,
Bersiap sedia menghadapi soldadu saudara.

                Wahai yang mengangkat panji dakwah kami,
                Allah yang menyerumu dan menyeru kami,
                Mak lepaskanlah anak panahmu yang beracun;
                Pada hati musuh yang Maha Pengasih.

Dengan kebenaran dan cahaya yang memberi petunjuk;
Dengan kebahagiaan dan kebaikan yang menyeru.
Marilah kita kembali dengan kegembiraan;
Yang disaksikan oleh orang yang pergi dan datang.

                Marilah kita kembali dengan Furqan;
                Yang memimpin ke jalan petunjuk.
                Marilah kita berjuang dengan diri kita;
                Dan kepada Tuhan segala makhluk kami menyeru.

Ya Allah, tolonglah dakwah kami;
Dan tunjukilah selamanya jalan kami.
Dengan pertolonganMu tetapkanlah hujah kami;
Kasihanilah dan selamatkanlah umat kami.
Dengan kemuliaan dan keagungan yang nyata.

                Ya Allah, bersihkanlah dosa-dosa kami;
                Dan angkatlah daripada cubaan kepentingan kami.
                Berkatilah dalam agama saudara-saudara kami;
                Tetapkanlah di atas jalanMu kesatuan kami.
                Dengan ikatan jiwa dan jihat.

Ya Allah, tutuplah aurat kami;
Dan dengan kurniaMu hilangkanlah kesusahan kami.
Dengan kemenangan segerakanlah kegembiraan kami;
Dan demikian juga perbaikilah tempat kembali kami.
Untuk keluarga dan di antara anak-anak kami.

            Ya Allah, pulihkanlah kekalahan kami;
Dan dengan pertolonganMu kuatkanlah pemimpin kami.
Himpunkanlah di rumahMu sahabat-sahabat kami;
Dan senpurnakanlah ke atas kami kegenbiraan kami.
Dengan kemenangann dan mati syahid.

Sabtu, 27 November 2010

TUJUH PERKARA GANJIL


         Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
       " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

          " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

 " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
         
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..