Sabtu, 17 November 2012

Pemimpin menurut perspektif Islam


Jika dahulu, para sahabat R.A sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang,ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).
Memilih pemimpin bukanlah perkara remeh, sebab calon yang dipilih itulah yang akan membawa tag pemimpin rakyat untuk membuat dan menjalankan dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan jiwa umat manusia. Suka atau tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis dakwat sejarah di negeri ini. Walau apapun, sejarah itu masih menjadi tanda tanya yang besar, apakah akan menjadi dakwat emas yang sentiasa dikenang atau dakwat hitam yang sentiasa dikenang dengan kenangan hitam. Mampukah dia menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat.
Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Oleh itu, ia memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin bawahannya.
Melihat ciri-ciri pemimpin, sebagai seorang Muslim, tentu kita tidak boleh sembarangan memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing dalam karung” yang kemudian hari akan mencalarkan kita semula.
PERANAN SEORANG PEMIMPIN
Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:
1. Pelayan (khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu perkara tersebut sebagai tanda kemuliaan. Kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya.
Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia membelanjakan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya.
Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW.Bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.
2. Pemandu (muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di tujuan tentu saja itu baru tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam.
CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM
Perlu disedari, dalam memilih pemimpin ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah terhadap pilihan kita. Di sinilah pentingnya seorang pemilih mengenal calon pemimpinnya agar boleh mengetahui kesesuaiannya dengan watak pemimpin ideal yang ditetapkan oleh Islam. Kalau ternyata sesuai, maka jangan segan memberikan undi.
Di antara ciri-ciri pemimpin dalam Islam, iaitu:
1. Jujur
Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa selari.
2. Kompotensi
Kompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.
3. Inspirasi
Seorang pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.
4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.
5. Rendah hati
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riya) serta tidak merendahkan orang lain.
6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.
Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di, RA mengatakan,
“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya,” Maka bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. ” (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan yang selain Baginda? “
7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya
Kapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan dilempar kepada awam serta timing yang tepat semasa melemparkannya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah dasar yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpinnya.
RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN
1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luasSeluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad S.A.W dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.
2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah.Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibaan, ketawadhuan, kesabaran, optimisme, dan tawakal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.
3. Teladan
Ketika Rasulullah S.A.W mengajak para sahabat berjihad, beliau bertempur paling depan, paling ringan bersedekah dan hidup paling bersahaja. Ketika Rasulullah S.A.W menyuruh bertahajud, beliaulah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, beliaulah manusia yang paling mulia akhlaknya.
CIRI-CIRI PENGIKUT DALAM ISLAM
1. Taat
Seorang pengikut harus patuh kepada pemimpin. Setelah pemimpin dipilih melalui jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali pemimpin telah melanggar ketentuan Allah dan membuat kerosakan).
2. Dinamik dan kritis
Seorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu mengikut membuta-tuli atau sekadar ikut-ikutan.
RENUNGAN
Bagi pemimpin dan calon pemimpin masa depan, amanah yang anda pikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan.
Maka jadikanlah janji Allah memasukan pemimpin yang adil dalam SyurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.
Dan bagi kita yang akan memberikan pilihan dan selanjutnya akan dipimpin, marilah kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk melakukan pilihan dengan tepat. Setelah itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita memilih. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya. Dan yang pasti, pilihan kita akan kita pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

FADHILAT MENGHAFAL QURAN


Wahai saudara-saudaraku marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi seorang Hafiz. Kerana ia akan memberi manfaat kepada diri kita dan kedua ibu bapa kita didunia dan diakhirat. Walaupun kita ini lemah dalam hafalan, tetapi kita berusaha untuk menghafal sebanyak yang mungkin, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Melihat lagi Maha mengetahui apa yang kita semua lakukan dan apa yang berada didalam hati kita semua. Juateru, timbulkan dan betulkan niat kita dalam usaha untuk menjadi seorang Hafiz Quran.
Hazrat Abu Umamah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Hafallah al-Quran kerana Allah swt tidak akan mengazab hati yang mengandungi al-Quran. (Riwayat Mulla Ali Qari)
Hazrat Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa membaca al-Quran lalu menghafalkannya (30 juz) dan menghalalkan apa yang halal didalamnya dan mengharamkan apa yang diharamkan didalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang kesemua mereka wajib memasuki neraka. (Riwayat Tarmizi)
Hazrat Mu’az Al Johani ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa membaca al-Quran dan beramal segala yang terkandung didalamnya, maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat, dimana sinaran mahkota itu melebihi daripada cahaya matahari, sesungguhpun matahari itu berada didalam rumah-rumah kamu didunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran. (Riwayat Abu Daud)
Hazrat Buraidah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Seorang yang membaca dan beramal dengan al-Quran akan dipakaikan mahkota yang dibuat daripada NUR dan kedua ibu bapanya akan dipakaikan sepasang pakaian yang lebih berharga dari nilai seluruh dunia. Mereka akan berkata “Wahai Allah untuk balasan apakah kami diberi pakaian ini? ‘Pakaian ini adalah kerana bacaan al-Quran anakmu’ (Riwayat al-Hakim)
Hazrat Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang mengajar anaknya membaca al-Quran, maka segala dosanya yang lalu dan yang akan datang akan diampungkan dan sesiapa yang menjadikan anaknya Hafiz al-Quran akan dibangkitkan pada hari Kiamat denga  cahaya wajahnya seperti bulan purnama dan akan dikatakan kepada anaknya ‘Mulakan bacaanmu’ Apabila anak itu membaca satu ayat maka satu darjat orang tuanya akan ditinggikan dan demikianlah sehingga keseluruhan ayat al-Quran itu habis dibaca. (Riwayat Tabarani)
Hazrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya akan diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa meletakkan al-Quran dihadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa yang meletakkan al-Quran dibelakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka. (Riwayat Ibn Hibban)
Hazrat Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada hari Kiamat yang penuh dengan huru hara dan mereka tidak akan dihisab. Mereka berada diatas timbunan kasturi sehinggalah kesemua manusia telah habis dihisab. Pertama, seseorang yang mempelajari al-Quran semata-mata kerana Allah swt dan kemudian mengimani orang ramai dalam solat sedangkan mereka menyukainya. Kedua, ialah orang yang mengajak orang lain kepada solat semata-mata kerana Allah swt. Ketiga, ialah orang yang berlaku baik antara dirinya dengan tuannya juga antara dirinya dengan orang bawahannya. (Riwayat Tabarani)
Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada sebahagian hadis-hadis diatas dapatlah kita lihat bahawa pada penghafal Quran akan memperoleh syafaat daripada al-Quran diakhirat kelak. Bukan penghafal itu sahaja yang beroleh kebaikan, malah kedua ibu bapa penghafal juga akan memperoleh manfaatnya. Manfaat yang saya utarakan ini barulah sedikit, masih banyak lagi manfaat yang diperoleh oleh penghafal al-Quran didunia dan diakhirat. Jika saudara dan saudari ingin mengetahui dengan lebih banyak mengenai kelebihan menjadi seorang Hafiz Quran, bolehlah merujuk kepada Ustaz atau Ustazah yang lebih arif.

Khamis, 8 November 2012

MUNCULNYA KETURUNAN SCYTHIAN ASIATIK DAN SCYTHIA EROPAH



Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada umat Islam agar memakan makanan yang halal lagi baik, kerana makanan yang halal dan baik akan memberi kesan yang baik terhadap diri.
“Setiap sesuatu mempunyai asas. Asas agama ini adalah makanan yang halal. Tidak jarang kerana sesuap makanan haram yang dimakan manusia dengan tanpa mempedulikannya, tidak diterima alam ibadatnya selama empat puluh hari.”
(Hadis direkodkan oleh Tabrani daripada Ibnu Abbas)
“Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, nescaya doamu akan termakbul.”
(Hadis direkodkan oleh Tabrani dalam al-Ausath daripada Ibnu Abbas)
“Seorang lelaki berdoa, Ya Tuhan! Ya Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumanny haram, dan pakaiannya juga haram, dia diberi makan (sejak kecil) dengan yang haram, mana mungkin doanya dikabulkan.”
 (Hadis direkodkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah)
“Apakah kamu tidak tahu bahawa Abu Bakar Siddiq ra tidak memasukkan ke (dalam) perutnya kecuali yang halal?”
(Hadis direkodkan oleh Bukhari daripada Aisyah)
“Orang beriman makan dalam satu perut, sedangkan orang kafir makan dalam tujuh perut”
(Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim)
Dalam kehidupan orang kafir, mereka memang tidak mempunyai peraturan mengenai makan makanan sama ada yang halal atau haram. Mereka memakan apa-apa sahaja makanan yang mereka inginkan sehingga makanan tersebut memberi kesan terhadap tubuh badan mereka sendiri. Mereka yang sedemikian amat mudah dijangkiti penyakit, misalnya SARS. Penyakit ini disebabkan pengambilan makanan yang bercorak bebas, contohnya di China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Toronto dan Canada. John Gibson melaporkan (2003) :
“Dunia mengetahui tentang epidemic ini apabila seorang professor perubatan dari Quangzho, china dijangkiti dan menjangkiti pula 6 orang pelanggang lain di salah sebuah hotel di Hong Kong. Dari situ, penyakit yang menyebablan kematian ini menular ke Vietnam, Singapura, Taiwan, Kanada dan Eropah. Penyakit ini sebenarnya sudah menular di China sejak Nov 2002 tetapi ia tidak dilaporkan kepada WHO. Kemudian, penyakit itu menular dengan cepat sehingga situasi menjadi tidak terkawal. Pihak berkuasa menyembunyikan maklumat mengenai Epudemik SARS itu dengan menyimpulkan penyebabnya adalah virus Chlamydia. Kemudian, apabila WHO  mengeluarkan amaran global pada 15 March 2003, suasana panic melanda dunia. Selepas itu, China melaporkan kematian kepada WHO, 5 daripada 305 kes, dari Nov hingga pertengahan Feb. Kemudian, id diubah kepada 792 kes dengan 31 kematian pada akhir Feb. Sekitar 30% daripada kes itu  melibatkan kematian pegawai perubatan. Pada bulan Mei 2003, WHO mengumumkan sudah lebih daripada 500 orang menjadi korban SARS. Angka kematian adalah sekitar 5% hingga 15%. China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Kanada mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi. Gejala SARS pada mulanya seperti gelaja selesema biasa, iaitu demam, nafas pendek, batuk, sakit keronggkong, hidung tersumbat atau berhingus, kakit otot dan sendi, lemah dan lelah serta cirit-birit.
Daripada kenyataan diatas jelas menunjukkan bahawa makanan memainkan peranan yang penting terhadap tubuh badan kita.  Corak pemakanan yang bebas akan menyebabkan badan kita dijangkiti oleh virus dan bacteria. Fenomena sedemikian akan menyebabkan pada suatu hari nanti akan munculnya dan berlakunya gabungan bangsa – bangsa utara Yakjuj dan Makjuj. Mereka akan menjadi ganas akibat kebuluran dan ini akan menyebabkan mereka berperang dan seterusnya mereka bersatu bagi meruntuhkan tamadun dunia. Mereka inilah yang telah dimaksudkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. akan kemunculan suatu bangsa yang digelar Yakjuj dan Makjuj, iaitu gerombolan gasar dari utara.
Gerombolan gasar daripada keterunan Scythian Asiatik (Yakjuj) dan Scythian Eropak (Makjuj) akan bersatu bagi melakukan kerosakkan. Mereka akan muncul menimbusi tembok-tembok semula jadi dan buatan manusia yang sedia ada. Tembok semula jadi yang dimaksudkan, iaitu pergunungan Kaukasus, Elbrurz, Zagros, Hindu Kush, Tien Shan dan Himalaya, manakala tembok buata manusia, iaitu Tembok Darial di Kaukasut Tengah, Tembok Derband diantara Gunung Kaukasut dan Laut Kaspia, Tembok Gorgan di sempadan Iran Utara, Tembok Besi Alexander Zulqarnain di Fergana dan Tembok Besar China.
Mereka semua akan mati setelah Nabi Isa berdoa kepada Allah agar diselamatkan daripada Yakjuj dan Makjuj di Bukut Tursina, Mesir.
“Nawas bin Sam’an melaporkan Rasulullah berkata, “Ketika Isa dalam keadaan demikian, Allah mewahyukan kepada Isa bin Maryam, ‘Sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-hambaKu yang tiada seorangpun mampu memerangi mereka. Bawalah hamba-hambaKu berlindung di Bukit Tur. Lalu Allah mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj dan mereka mengalir dari segala penjuru. Rombongan pertama melalui Tasik Tabariyah dan meminum airnya. Robongan terakhir menyusul sementara air tasik mongering, mereka berkata, ‘Kalau tidak silap, disini pernah ada air dahulu.’ Nabi Isa as dan sahabat-sahabatnya dikepung sehingga  kepala lembu bagi mereka lebih berharga daripada 100 dinar. Nabi Isa as dan pada sahabat berdoa kepada Allah. Lalu Allah mengirimkan ulat di leher mereka lalu mereka mati bergelimpangan seperti matinya jiwa yang satu. Kemudian Allah menurunkan Nabi Isa dan kawan-kawannya ke bumi, maka tidak ada sejengkal tempatpun di bumi kecuali dipenuhi oleh bau busuk mereka. Lalu Nabi Allah Isa a.s dan pada sahabatnya berdoa kepada Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang membersihkan seluruh rumah, baik yang diperbuat daripada tahan ataupun kulit binatang. Hujan itu membasahi bumi sehingga ia seperti cermin yang berkilauan.” (Mukhtashar Sahih Muslim, no. 2048)
Bentuk Yakjuj, ialah pendek daripada Makjuj, berkulit kuning, berambut hitam, wajah lebar dan bulat, bermata sepet serta tinggal dibahagian timur Padang Rumput Eurasia. Bentuk Makuj pula, ialah tinggi daripada Yakjuj, berkulit putih merah, berambut perang muda, wajah berbentuk bujur serta tinggal di bahagian barat Padang Rumput Eurasia.