Isnin, 11 Jun 2012

KECILKAN BADAN, BESARKAN JIWA


Bagi mereka yang pernah menaiki teksi dalam satu jarak yang jauh atau bas, pengalaman yang sedemikian pastinya adalah suatu yang biasa. Hal ini, tidak sama bagi mereka yang menaiki teksi secara perseorangan atau berdua. Bagi mereka yang menaiki teksi seramai empat orang, sudah pasti akan timbul perasaan dalam diri untuk medapatkan keselesaan dalam teksi tersebut, kerana masa yang lama akan diambil untuk tiba di destinasi yang ingin dituju. Oleh hal demikian, mereka pasti akan berebut – rebut untuk duduk dihadapan, yakni disebelah pemandu teksi kerana apabila mereka dudu dibelakang mereka terpaksa berhimpit – himpit seramai tiga orang, berbanding dengan dihadapan hanya seorang sahaja.
            Di sinilah kita akan mula berasa sesak nafas dan kurang selesa dengan keadaan apabila duduk dibelakang seramai tiga orang. Kita akan berasa lebih rimas lagi apabila kita duduk disebelah penumpan yang merokok. Perasaan ini akan mejadi kurang selesa juga apabila penumpan itu seorang yang berbadan besar sedikit.
            Apakah yang akan berlaku pada situasi yang sedemikian ? Jawapannya, ialah setiap penumpan akan sengaja memperbesarkan badan mereka, yakni dengan membuka dengan lebih luas peha agar mendapat ruang yang lebih luas dan selesa. Hal ini bukan sahaja akan menimbulkan perasaan kurang selesa, malah perasaan tidak berpuas hati kerana masing – masing akan berusaha untuk mendapatkan ruang yang selesa.
            Dalam banyak kes, kebiasaannya akan ada penumpang yang berasa rimas akan minta diberhentikan kereta, agar dapat turun diseparuh jalan dengan bermacam – macam alasan. lantaran itu, dia akan menunggu teksi yang lain, kerana sudah tidak sanggup menghadapi keadaan yang sedemikian.
            Adakah masalah seperti ini dapat dielakkan ? Jawapannya, pasti boleh, bahkan jika tempat duduk dibelakang terdapat empat orangpun boleh. Caranya, ialah setiap penumpan harus bertimbang rasa dan saling memahami. Contohnya dengan mengecilkan badan sedaya yang boleh, yakni tidak memperbesarkan badan mereka. Hal ini demikian, jika semua orang mengecilkan badan, pasti akan mempunyai ruang yang mencukupi dan selesa untuk semua orang.
            Oleh hal demikian, kemungkinan besar inilah sebabnya manusia membesarkan diri (sombong), kerana tidak disukai oleh orang lain disebabkan sikap tersebut. Manusia boleh memiliki pangkat dan darjat, tetapi tidak seharusnya membesar – besarkan pangkat dan darjat itu, sehinggakan membuatkan orang lain berasa menyampah.
            Sebaliknya, manusia perlulah belajar untuk menjadi seorang yang berjiwa besar. Hal ini demikia, orang yang berjiwa besar, kebiasaannya tidak berlagak denagn apa yang dicapai atau yang dimilikinya. Dengan perasaan ini, orang lain akan berasa selesa apabila bersama dengan orang yang sedemikian.
            Kesimpulannya, kita mestilah mengajar diri kita untuk menjadi seorang yang berjiwa besar, agar kita tidak menjadi seorang yang sombong dan terlalu mementingkan diri dalam apa jua keadaan.

Selasa, 5 Jun 2012

ZIKRULLAH UBAT ‘STRESS’


Manusia muslim sejati yang hatinya sentiasa mengingati Allah tidak akan mengalami stress, kerana manusia muslim itu mempunyai Tuhan yang selalu didambakan pada waktu siang dan malam dalam bentuk lansung atau terus. Terjadinya stress kerana hubungan manusia dengan Tuhan mempunyai keretakan dan hampir – hampir putus.
            Apabila manusia mengalami stress maka akan terjadilah pelbagai perbuatan diluar kotak pemikiran manusia. Jika stress itu dibiarkan, lama kelamaan ia akan menjadi barah dalam diri seseorang itu, yakni boleh membawa kepada gangguan kiwa dan mental yang sangat parah. Sebagai contoh, seorang bapa sanggup mendera anak – anak dan isteri sendiri, yakni sebagai tempat untuk melepaskan stress. Oleh hal demikian, tahap atau darjat manusia akan menjadi rendah bahkan lebih rendah daripada haiwan kerana sudah melanggar batas – batas sebagai seorang manusia yang normal.
            Stres ini lahirnya daripada perasaan yang tidak tenteram dan tidak tenang didalam hati, justeru itu hati yang tenang dan tenteram pasti tidak akan mengalami stress kerana ketenangan hati itu sendiri. Oleh kerana, Stres ini disebabkan hati yang tidak tenang kerana tidak berpuas hati akan sesuatu, ia akan memberontak dan melawan, namun manusia tidak dapat melepaskannya melalui pemberontakkan, lantaran itu ia akan memendamkan perasaan tersebut sehingga ia bertukar menjadi stress.
            Namun begitu, bagi orang – orang Islam yang betul mengamalkan ajaran Islam pasti akan dapat mengatasi masalah stress ini, kerana mempunyai hati yang tenang dan tenteram serta ikhlas. Ikhlas merupakan suatu ubat yang mujarab bagi penyakit stress dan ia berserta dengan kata hati yang betul. Ini bermakna jika ingin membuat sesuatu,  buatlah kerana Allah bukannya kerana makhluk serta ingin mencari redha Allah semata – mata.
            Selain itu, setiap muslim juga haruslah jujur dan benar dalam setiap perkara. Kejujuran itu dapat dilihat melalui zahirnya, kerana itulah yang berada didalam diri. Benar pula, ialah bercakap dan berperilaku benar dalam setiap perkara. Hal ini demikian, kedua – dua sifat ini, jika tidak dijaga ia akan menyebabkan terjadinya stress. Stres ini terjadi apabila seseorang itu tidak jujur dan benar, ia akan berasa bimbang dan timbul perasaan bersalah sehinggakan ia berasa tertekan dengan masalah tersebut dan inilah yang menyebabkan stress.
            Manusia juga perlulah amanah dalam melakukan sesuatu perkara, sama ada kepada Allah dan manusia. Hal ini demikian, sifat tidak amanah akan menyebabkan kebimbingan lahir dalam diri inidividu sehingga menyebabkan ia berasa bimbang dan takut akan sikapnya yang tidak amanah. Justeru itu, ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.
            Sifat tawakkal juga merupakan suatu sifat yang perlu dalam diri setiap manusia. Tawakkal bermaksud berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha bersungguh – sungguh bagi mencapai sesuatu. Apabila perasaan ini tidak ada dalam diri setiap individu, ia akan berasa tidak tenang kerana risau dan perasaan tidak yakin akan kekuasaan Allah. Justeru itu, stres tidak akan terjadi ke atas manusia yang berserah diri kepada Allah dengan bersungguh – sungguh.
            Seterusnya, zikir adalah suatu yang sangat penting. Rasulullah banyak mengajar dan menyuruh kita semua agar sentiasa berzikir kepada Allah. hal ini demikian, ia akan membantu kita semua untuk membersihkan diri daripada segala penyakit dan masalah. Antaranya  penyakit stress.
            Secara kesimpulannya, itu sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsi buat saudara – saudara semua mengenai ubat stress. Diharap kita semua dapat mengamalkannya agar kita menjadi hamba yang diredai – Nya dan dapat menggelakkan diri daripada dibelenggu oleh perasaan tidak tenang.

Ahad, 3 Jun 2012

SEDARKAH KITA ?


“Hampir tiba masanya kamu dikeroyok oleh bangsa lain (musuh – musuh Islam) sebagaimana orang – orang menghadapi hidangan dimajlis jamuan. Seorang sahabat bertanya ; apakah kerana itu bilangan kami sedikit ? Rasulullah s.a.w. menjawab ; bahkan bilangan kamu diwaktu itu banyak tetapi tidak ubah seperti buih – buih dipermukaan air sewaktu banjir. Allah akan mencabutkan rasa ketakutan daripada hati musuh – musuh kamu dan sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit ‘Al – Wahan’. Seorang sahabat bertanya ; Ya Rasulullah s.a.w., apakah Al – Wahan itu ? Jawab baginda s.a.w. ; ialah cinta akan dunia dan takut menghadapi mati (maut).”
Saya ingin bertanya kepada saudara sekalian, adakah saudara ketahui zaman apakah yang sedang kita lalui sekarang. Untuk pengetahuan saudara sekalian, sekarang kita berada dimana zaman yang telah diperkatakan oleh baginda s.a.w., iaitu zaman yang ditakuti oleh baginda.
            Pada zaman ini, apa yang ditakuti oleh baginda, ialah masa akan menjadi pendek, amal semakin berkurangan, berlakunya kekikiran, banyak berlaku fitnah, perbunuhan banyak berlaku, banyak berlaku perselisihan faham, matinya orang – orang soleh, manusia menjual agama untuk dunia, al – Quran tidak dihiraukan, banyak pemimpin yang sesat, pihak musuh berhubungan dengan umat Nabi Muhammad s.a.w., lahirnya nabi – nabi palsu, al – Quran dilagu – lagukan, perpecahan dalam kalangan umat Islam, lahirnya ulama’ yang fasiq, ramainya raja yang zalim, orang munafiq membaca al – Quran, manusia mendustakan takdir, wanita – wanita tidak malu, banyak berlakunya rompakan, berlakunya wabak taun, banyak berlakunya gempa bumi, berlakunya kekuasaan dalam kalangan orang fasiq, terjadinya kebuluran, berkuasanya musuh – musuh Islam ke atas orang Islam, manusia menggunakan undang – undang Rom, ahli ibadah ramai yang jahil dan sebagainya.
            Keadaan manusia pada ketika itu, pada sebelah paginya beriman, sebelah malamnya berpaling. Mereka menjual agama untuk dunia. Pada ketika itu, orang – orang yang beriman akan menjadi golongan yang kecil, meraka akan dipandang hina, beragama ibarat memeggang bara api dan mempertahankan agama ibarat pelanduk melahirkan anak.
            Antara saranan yang telah dianjurkan oleh baginda, ialah peganglah agama dengan bersungguh – sungguh, jauhi urusan yang mnegandungi maksiat, mengasingkan diri apabila tidak dapat bertahan, benci akan maksiat serta berkumpulan dengan mereka yang soleh.