Ahad, 5 Februari 2012

KITAB BIBLE


Kita sebagai seorang yang bergelar Islam wajib percaya dan yakin kepada empat buah kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul-Nya yang terpilih. Kitab-kitab yang dinyatakan itu adalah Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil dan Kitab al-Quran. Jika kita menolak salah satu daripada kitab ini atau kesemuanya, ini bermakna kita telah menolak salah satu daripada rukun iman yang enam. Menolak salah satu ini akan membawa kepada kekufuran dan pembatalan iman.

                Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, surah yang terdapat dalam kitab Bible ini disebut dalam bahasa Inggeri sebagai “book” atau “buku”. Kitab ini mempunyai 66 surah, 39 dikenali sebagai Perjanjian Lama atau “Old Testment”, manakala 27 dikenali sebagai kitab Perjanjian Baru atau “New Testment”. Perjanjian lama ini mengadungi undang-undang Nabi Musa, kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping terdapat ramalan-ramalan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Nabi Isa yang ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian, iaitu Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-tulisan ini dikenali sebagai Gospels. Disamping itu, kitab ini juga mengadungi sejarah keadaan agama Kristian pada peringkat awal ia diwujudkan, yang ditulis oleh St. Paul.

                Untuk pengetahuan semua, The Interpreter’s Dictionary of the Bible telah mengatakan bahawa Bible yang asal sudah tidak wujud lagi pada hari ini :

“ Tulisan-tulisan asal Perjanjian Baru sudah lama tiada. Perkara ini tidaklah mengejukan kerana sumber-sumber itu ditulis di atas bahan-bahan yang tidak tahan lama.”

Pendapat itu juga telah dikeluarkan dalam The Catholic Encyclopedia :

“Pendapat yang mengatakan konongnya Bible yang lengkap seperti asal masih wujud sebenarnya tidak berasas sama sekali. Bible yang kini menjadi pengangan umum, seperti juga kitab Perjanjian Lama, melalui beberapa perkembangan dan proses sehingga akhirnya isi-isinya diputuskan secara rasmi oleh Majlis Trident atau Tridentine Council”

Ada juga tokoh-tokoh Kristian yang mengatakan bahawa Bible adalah dokumen yang  dikeluarkan oleh pihak gereja. Justeru pihak gerejalah yang menentukan isi Bible dan bukan sebaliknya. Pernyataan ini dikeluarkan oleh seorang paderi besar dari gereja ortodoks di Denver iaitu “His Eminence Metropolitan Isaiah of Proikonisou and Presiding Hierarch of the Greek Orthodox Diocese of Denver di salam Buletin yang diterbitkan pada bulan Mac 1995, jilid 3, nombor 3.

“ landasan perjalanan geraja tidak didasarkan kepada kitab Bible ditentukan oleh pihak gerja. Pada abad-abad awal agama Kristian, tidak ada seorang manusia pun dapat menyentuh kitab yang bernama ‘Bible’ kerana ia memang tidak wujud.”

Dengan pernyataan sedemikian, menunjukkan bahawa gereja yang berkuasa penuh terhadap isi bible, berbanding dengan agama Islam al-Quran sebagai penentu akan setiap sesuatu.

                Daripada pernyataan diatas, dikatakan bahawa kitab Biable yang dahulu telah tidak wujud lagi, tetapi bagaimana pada masa sekarang boleh terdapat kitab Bible ini? Hal ini dapat diperjelaskan, kerana isi-isi Bible telah mengambil daripada sumber-sumber yang tidak mempunyai penulisan yang lengkap.  Pernyataan ini dapat dibuktikan dalam The Anchor Bible Dictionary :

“Disebabkan salinan asal Bible tidak wujud lagi, isi Bible terpaksa dibina  dengan menggunakan teks-teks yang tidak sempurna yang sering kali bercanggah”

                Berkaitan dengan sejarah kehidupan Nabi Isa, penulis-penulis kitab Bible ini tidak menyalin dan menceritakan kisah-kisah itu dengan tepat. Peryataan yang sedemikian telah diakui oleh seorang tokoh Kritian, iaitu Bruce M. Metzger di dalam The Text of the New Testment : Its  Transmission, Corruption and Restoration. Kata beliau:

“ Penulis-penulis tidak menulis dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis pentafsiran mereka sendiri berhubung sumber-sumber itu. Mereka melakukannya bagi membetulkan kesilapan penulis-penulis lain tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka sendiri dengan tindakan itu telah melakukan kesilapan.”

Dalam The Interpreter’s Dictionary of the Bible :

“Banyak kisah yang terdapat di dalam kitab Perjanjian Lama mengikut gaya dan olahan penulis-penulisnya”

                Secara kesimpulannya, surah-surah yang terdapat di dalam kitab Bible tidak mempunyai suber rujukan yang sahih dan tidak sempurna berbanding dengan al-Quran yang mempunyai isi yang sempurna dan datangnya daripada Allah. Nantikan sambungannya...

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASYIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSAY BIN KILAB BIN MURRA BIN KAAB BIN KHUZAIMAH BIN ISMAIL BIN IBRAHIM


Siapakah insan yang diberi nama yang sedemkian? Mengapakah nama itu menjadi pilihan hati? Muhammad bin Abdullah merupakan seorang insan yang cukup hebat dan telah diiktiraf oleh dunia akan kehebatan yang dimiliki oleh insan tersebut. Nama “Muhammad” menjadi pilihan oleh seorang yang bergelar datuk iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim, yang membawa maksud “Yang Terpuji”. Kisah hidup seorang insan yang cukup hebat ini bermula pada 12 Rabiulawal pada tahun Gajah bersamaan 20 April , 571 Masihi. Insan ini telah menjadi piatu semasa dalam kandungan ibu dan telah menjadi yatim piatu apabila umur mencapai enam tahun. Telah mendirikan masjid ‘perkahwinan’ pada umur 25 tahun bersama Siti Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun. Telah menjadi pesuruh Tuhan Yang Satu (Allah) pada umur 40 tahun di Gua Hira’, dimana jatuhnya 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos, 610 Masihi.

                Telah menjalankan usaha dakwah selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di tempat kelahiran, yakni Makkah dan 10 tahun di Bandar Bercahaya (Madinah). insan ini mendapat gelaran al-Amin daripada kaum Qurais kerana seorang yang sangat boleh dipercayai. Telah berjaya membuka semula Kota Makkah dan telah membersihkan Kaabah daripada berhala pada hari penghulu hari (Jumaat), dalam bulan rahmat (Ramadhan) tahun kelapan hijrah. Dakwah yang dibawa oleh insan ini telah berjaya menggegarkan empayar Rom dan Parsi serta menjadi batu asas kejatuhan empayar besar ini. Telah menyahut seruan Ilahi pada umur 63 tahun, pada hari Isnin pada tarikh kelahiran baginda (12 Rabiulawal) tahun ke-11 hijrah.

                Insan yang bernama Muhammad ini merupakan seorang Nabi dan rasul terakhir Allah. Apabila diutuskan baginda, kelak tidak akan ada lagi nabi yang akan diutuskan.  Telah dikurniakan pelbagai mukjizat, misalnya al-Quran yang merupakan mukjizat yang paling hebat diantara mukjizat-mukjizat yang lain. Baginda adalah al-Quran yang bergerak, kerana setiap apa yang terkandung dalam Kitabullah ini terdapat pada baginda juga.

                Baginda adalah kekasih Allah, namun bukan Tuhan dan bukan pula Anak Tuhan. Baginda adalah manusia biasa yang perlu makan minum dan sebagainya. Perutusan baginda adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam, bukan hanya kepada diri dan kaum baginda sahaja, tidak seperti nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu yang hanya kepada kaum-kaum mereka sahaja.

                Nama insan yang agung ini telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu, misalnya dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil. Baginda adalah seorang yang Ummi “ tidak tahu membaca dan menulis”. Pentingnya, kerana dapat membidas tomahan yang dilontarkan oleh mereka yang mengatakan bahawa al-Quran itu ditulis oleh baginda, bukan daripada Allah. Baginda juga adalah seorang yang bercakap jika perlu sahaja. Tidak melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Dan tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi 
sekalian alam.. (Al-Anbiya’:107)

Sabtu, 4 Februari 2012

WAHAI WANITA


Wahai kaum hawa sekalian, marilah kita bersama-sama mengahayati hadis Rasulullah S.A.W. dan bersama-samalah kita mengambil ikhtibar sebagai panduan hidup di masa depan terutamanya sebagai bekalan di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Aku menjeguk ke dalam neraka dan aku telah melihat ramai penghuninya daripada wanita, sebabnya mereka sedikit sekali patuh akan (ajaran) Allah dan Rasul-Nya, kurang taan kepada suami dan banyak bersolek.”
Sabda Rasulullah S.A.W. :

“Adapun empat golongan wanita yang berada di dalam neraka, iaitu :

1.    Wanita yang lancing mulutnya terhadap suaminya. Jika suami tiada ia akan curang dan jika suami pulang ia akan menyakiti hati suami dengan lidah
2.    Wanita yang membebankan suaminya dengan meminta sesuatu yang tidak dapat ditunaikan oleh suaminya
3.    Wanita yang tidak menutup tubuhnya (auratnya) daripada pandangan lelaki ajnabi serta keluar rumah dengan bersolek
4.    Wanita yang tidak ada tumpuan melainkan kepada makan, minum dan tidur, tidak sembahyang, tidak taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dan tidak taat kepada suaminya

Wanita yang berkelakuan sedemikian mendapat laknak daripada Allah serta menjadi ahli penghuni neraka, kecuali bertaubat atas kesalahan yang dilakukan. Daripada Abdullah Ibn Umar katanya, Rasulullah bersabda “ tiga golongan yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan melihat mereka di akhirat kelak. Mereka, ialah :

1.    Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka
2.    Perempuan yang menyerupai lelaki
3.    Orang yang dayus”

*seseorang itu apabila didalam kesusahan atau kesakitan akan dinaikan satu darjat atau diberi pahala dan dihapuskan dosa dengan syarat ia mestilah ingat kepada Allah (bersabar).